KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan 17 Februari 2026 (29 Syaaban 1447H) sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan.
Menerusi platform media sosial Inside The Haramain, Arab Saudi dijangka akan mula berpuasa pada Rabu 18 Februari 2026, jika anak bulan Ramadan kelihatan pada tarikh tersebut.
Jika anak bulan tidak kelihatan pada 17 Februari, 1 Ramadan di Arab Saudi jatuh pada Khamis 19 Februari.
Tarikh permulaan Ramadan dijangkakan sejajar dengan musim sejuk, di mana waktu puasa sederhana kira-kira 12 hingga 13 jam setiap hari.—AlHijrah Online