Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DOKTOR PELATIH DIDAKWA RAKAM WANITA MANDI, SIMPAN BAHAN LUCAH

DALAM NEGARA

DOKTOR PELATIH DIDAKWA RAKAM WANITA MANDI, SIMPAN BAHAN LUCAH

Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Krai, hari ini, terhadap dua pertuduhan iaitu gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah, September tahun lalu.

KUALA KRAI: Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Krai, hari ini, terhadap dua pertuduhan iaitu gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah, September tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Hilmi Zulkeflee, 26 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Amal Razin Alias.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa hendak mengaibkan kehormatan dengan merakam seorang wanita yang sedang mandi tanpa pengetahuannya dengan menggunakan sebuah kamera berwarna hitam miliknya di bilik mandi, Aras 2, Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, kira-kira 6.30 pagi, pada 13 September 2025.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dalam milikannya terdapat beberapa keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit di bilik 102, Asrama Pelatih Pegawai Perubatan, Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, kira-kira 1.30 petang, pada 14 September 2025.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading