LIMA PETUGAS HOSPITAL KERAJAAN DIDAKWA TERIMA RASUAH BERKAITAN PENGURUSAN MAYAT
Lima petugas sebuah hospital kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas keseluruhan 21 pertuduhan menerima rasuah antara RM600 dan RM2,250 berkaitan perkhidmatan pengurusan mayat, dalam tempoh 2021 hingga tahun lepas.
SEREMBAN: Lima petugas sebuah hospital kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas keseluruhan 21 pertuduhan menerima rasuah antara RM600 dan RM2,250 berkaitan perkhidmatan pengurusan mayat, dalam tempoh 2021 hingga tahun lepas.
Penolong Pegawai Perubatan N. S. Sharvinder Singh, 40, dan Pembantu Perawatan Kesihatan S. Vickneswari, 55; P. Veeramaly, 50; Mohd Nor Ali, 36, dan Wan Mohd Fazlan Shah Shasim, 41, yang bertugas di jabatan forensik membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan kelima-lima tertuduh sebagai pegawai badan awam menerima suapan berjumlah RM600 hingga RM2,250 menerusi transaksi dalam talian ke dalam akaun bank milik mereka daripada dua pemilik perniagaan perkhidmatan pengurusan mayat sebagai upah memberikan maklumat mengenai kematian dan waris si mati daripada hospital berkenaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 5 Jun 2021 hingga 9 Feb 2023 di beberapa cawangan bank di Seremban, Kuala Pilah dan Mantin dengan kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.
Sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fatin Nur Athirah Zainudin manakala peguam G. Visanathan mewakili Sharvinder Singh; peguam Paul Krishnaraja mewakili Vickneswari dan Veeramaly, dan Datuk Hanif Hassan mewakili Mohd Nor dan Wan Mohd Fazlan Shah.
Terdahulu Fathin Nur Athirah memohon mahkamah menawarkan jaminan antara RM8,000 hingga RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di pejabat SPRM Negeri Sembilan sekali sebulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Kesemua peguam meminta jaminan rendah dikenakan terhadap anak guam mereka berikutan masing-masing merupakan kakitangan kerajaan gred U32, U14 dan U11 dengan gaji rendah dan menanggung keluarga selain mengambil kira jumlah suapan terbabit yang sedikit.
Meor Sulaiman kemudian membenarkan Sharvinder Singh diikat jamin RM10,000, Vickneswari (RM6,000), Veeramaly (RM4,000), Mohd Nor (RM5,000) dan Wan Mohd Fazlan Shah (RM3,000) dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di SPRM negeri pada Sabtu pertama setiap bulan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Jan 2025. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager