Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LORI KONTENA TERBALIK, LALUAN TERHALANG DI KM74 JALAN KUANTAN-KUALA LUMPUR

DALAM NEGARA

LORI KONTENA TERBALIK, LALUAN TERHALANG DI KM74 JALAN KUANTAN-KUALA LUMPUR

Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Sumber: Media Sosial

KUANTAN: Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan berkenaan dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

“Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pengalihan lori kontena yang terbalik sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, dan laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading