Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MADAD HIDUPKAN SUKAN MEMANAH UNTUK GENERASI MUDA

DALAM NEGARA

MADAD HIDUPKAN SUKAN MEMANAH UNTUK GENERASI MUDA

MADAD Open Archery 2023

SUNGAI PETANI: Memanah disarankan Nabi Muhammad SAW seperti dalam Riwayat Muslim dan aktiviti itu kini semakin diminati masyarakat di negara ini.

Murtadha Dakwah Centre (MADAD) antara yang memainkan peranan menarik umat Islam terutama generasi muda untuk terus mencintai sukan sunnah tersebut.

Salah satu usaha ialah melalui MADAD Open Archery 2023 dan pertandingan itu mendapat sambutan yang luar biasa apabila mendapat penyertaan lebih 600 peserta.

Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Mohd berkata penyertaan kali ini lebih tinggi berbanding siri pertama yang diadakan tahun lepas, malah penganjuran tahun ini turut disertai peserta antarabangsa dari Thailand dan Indonesia.

“MADAD Open Archery 2023 mempunyai enam kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita, remaja lelaki dan wanita, dan cilik lelaki dan perempuan.

“Bagi kategori remaja dan cilik, 20 peserta terbaik akan diserap masuk ke Akademi Memanah MADAD dan Maahad Integrasi MADAD. Kita nak himpunkan mereka untuk berlatih bersama-sama dan menjadi atlet memanah yang hebat,” katanya.

Tambah beliau MADAD meletakkan sasaran untuk melahirkan atlet memanah yang dapat mewakili negara dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurut Mohammad Yaakub, MADAD Open Archery 2023 berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Disember 2023 dengan menawarkan hadiah mencecah RM30,000.

Pertandingan itu turut menghimpunkan pemanah dari seluruh negar termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain usaha dalam sukan memanah, MADAD juga sedang membangunkan Murtadha Dakwah Centre iaitu sebuah pusat komuniti Islam yang dilengkapi masjid, rumah warga emas, pusat tahfiz integrasi, kapsul hotel, stadium e-sports, hub sukan sunah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma.

Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading