DALAM NEGARA
TAHUN BARU: JANGAN TERLIBAT ACARA YANG MENGORBANKAN NILAI AKHLAK, ADAB SOPAN – MENTERI AGAMA
KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan untuk tidak terlampau ghairah dan teruja dalam sambutan tahun baharu 2024.
KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan untuk tidak terlampau ghairah dan teruja dalam sambutan tahun baharu 2024.

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan untuk tidak terlampau ghairah dan teruja dalam sambutan tahun baharu 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau menyokong acara sambutan tahun baharu dikurangkan dan menasihatkan umat Islam tidak terlibat acara-acara yang keterlaluan sehingga mengorbankan nilai-nilai akhlak serta adab sopan.
“Sempena menjelangnya tahun baharu 2024 yang penuh harapan, saya ingin mengajak semua pihak untuk bermuhasabah diri. Pada masa sama, marilah bersama-sama kita mempertingkatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan.
“Marilah kita berdoa untuk rakyat Malaysia yang sedang berhadapan dengan bencana banjir sehingga menyebabkan mereka kehilangan tempat berteduh dan terpaksa dipindahkan. Semoga semua mangsa yang terlibat diberikan kekuatan agar dapat kembali membina semula kehidupan mereka.
“Marilah kita terus cakna dengan isu kemanusiaan di Gaza, Palestin. Teruslah kita membantu dalam apa jua kemampuan dan mendoakan saudara-saudara di Palestin yang sedang menghadapi kezaliman dan kerakusan rejim Zionis Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga mengajak umat Islam berdoa agar negara Malaysia sentiasa dipelihara oleh Allah, dirahmati dan menjadi Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur.
Dalam pada itu Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan sumbangan terutama petugas barisan hadapan dalam membantu kebajikan mangsa banjir yang terjejas. — AlHIjrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Mangsa terakhir tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat, Mohamad Haiman Fitri Supian ditemukan kira-kira 3.1 batu...
Langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat kerana proses siasatan masih berjalan dan mereka...
Yang di-Pertuan Agong perkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang membahayakan...
Hukuman mati terhadap lelaki OKU pekak dan bisu yang membunuh empat sekeluarga dalam kebakaran rumah di...
Lapan lelaki termasuk dua beradik yang menganggotai kumpulan kongsi gelap dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.