GAZA: MANGSA TERBUNUH TERPAKSA DIKEBUMIKAN DALAM WAKTU SINGKAT, TERGESA-GESA
GAZA: Serangan berterusan tentera penceroboh Israel di selatan Semenanjung Gaza menyukarkan warga Palestin daripada memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam konflik antara Israel-Hamas.
GAZA: Serangan berterusan tentera penceroboh Israel di selatan Semenanjung Gaza menyukarkan warga Palestin daripada memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam konflik antara Israel-Hamas.
Pengeboman itu memaksa majlis pengebumian penduduk terpaksa dibuat dalam waktu singkat dan tergesa-gesa.
Situasi itu dialami Samira Ismael, 28, yang kehilangan seluruh keluarganya dalam serangan Israel di Khan Yunis selain beliau sendiri turut cedera di seluruh tubuhnya akibat serpihan bom.
Kecederaan dialami wanita itu menghalangnya daripada menghadiri pengebumian ringkas ibu, bapa dan adik-beradiknya di tanah perkuburan majlis perbandaran tidak jauh dari hospital.
Kehilangan peluang terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga tersayang membuatkan wanita itu kini terjerumus ke dalam penderitaan yang tidak tertanggung.
“Semuanya dilakukan dengan cepat… Peperangan ini membuatkan saya keseorangan dengan banyak kenangan buruk.
“Saya tidak dapat menanggung kesakitan yang saya alami sekarang. Saya merindui keluarga saya dan ingin mencium kesemua mereka,” kata wanita itu kepada Xinhua.
Seorang lagi penduduk Younis Abu Al-Ezz mencari perlindungan di bandar Deir al-Balah di selatan Gaza tidak dapat menahan kesedihan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya yang ditembak mati.
Menurut lelaki itu beliau hanya mengetahui pemergian bapanya dua hari selepas kejadian di tengah-tengah kekacauan selain komunikasi terputus dan infrastruktur yang rosak teruk di wilayah itu akibat serangan rejim Israel.
Bapanya terbunuh selepas ditembak tentera rejim di Hospital Al-Shifa di utara Gaza selepas enggan mematuhi arahan berpindah ke selatan Gaza.
“Pembunuhan bapa saya adalan satu tamparan besar dalam hidup saya, terutamanya kerana saya anak sulungnya, tetapi saya tidak hadir bersamanya dalam saat-saat getir ini,” kata Abu Al-Ezz kepada Xinhua.
Konflik antara Israel-Hamas telah berlarutan selama hampir tiga bulan, mengakibatkan longgokan jenazah dalam khemah dan halaman hospital di seluruh Gaza.
Pengebumian penduduk diadakan dalam waktu singkat dan tergesa-gesa. Penduduk yang terbunuh jika boleh dikenal pasti akan ditandakan dengan maklumat peribadi pada kain kafannya untuk dituntut oleh saudara-mara dan rakan-rakan.
Selepas solat, jenazah akan dikebumikan di kawasan hospital, seringkali dikebumikan bersama dalam sebuah kubur besar.
Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Raed Al-Nems berkata adalah satu cabaran besar untuk mengebumikan jenazah penduduk ketika serangan Israel berterusan.
“Malangnya kebanyakan orang ramai tidak boleh mengebumikan anggota keluarga mereka yang terbunuh atas banyak sebab, termasuk disebabkan kecederaan dialami akibat pengeboman Israel atau ketidakupayaan mereka untuk bergerak atas faktor keselamatan,” katanya.
Jurucakap itu berkata kru Bulan Sabit Merah yang dikerahkan di Gaza cuba mendapatkan semua mangsa secepat mungkin, tetapi ia di luar kemampuan mereka dengan kemerosotan sistem kesihatan dan kekurangan bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan ambulans.
Menurut Al-Nems, pengeboman itu mengakibatkan sejumlah besar kematian dan kecederaan di wilayah yang sesak, terutamanya di tengah dan selatan Gaza.
Menurut statistik kementerian kesihatan di Gaza pada Sabtu, serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt mengakibatkan sekurang-kurangnya 21,672 rakyat Palestin terbunuh. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked