MAIPK SEDIA BANTU PELAJAR DI MESIR BAWA PULANG 200 NASKAH KITAB ULAMA NUSANTARA
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sedia membantu pelajar tajaannya di Universiti Al-Azhar di Mesir, Muhammad Nur Hadi Salehuddin membawa pulang lebih 200 kitab turath dari Mesir ke Perak.
IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sedia membantu pelajar tajaannya di Universiti Al-Azhar di Mesir, Muhammad Nur Hadi Salehuddin membawa pulang lebih 200 kitab turath dari Mesir ke Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh berkata kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam merupakan khazanah berharga hasil karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an.
Beliau berkata MAIPk juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kelestarian khazanah berharga itu terus berkekalan.
“Antaranya termasuklah karangan Syeikh Mohd Idris al-Marbawi dan Syeikh Jaafar Hussein yang kebanyakannya ditulis dalam tulisan jawi dan Aceh dari sekitar 1920 hingga 1960.
“Naskhah diperoleh daripada Maktabah al-Halabi yang juga merupakan syarikat percetakan dan penerbitan tertua di negara Timur Tengah serta daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid al-Azhar itu bakal ditempatkan di Perpustakaan Penyelidikan MAIPk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syamsul Hazeman berkata ketika menghubungi Muhammad Nur Hadi, pelajar itu memaklumkan memerlukan dana untuk menambah koleksi karya seumpamanya daripada sumber lain termasuk daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid Al-Azhar.
“Dia (Muhammad Nur Hadi) turut menyimpan hasrat untuk berkongsi karya-karya ilmiah nukilan ulama Nusantara tersebut bersama masyarakat di Malaysia melalui galeri khas atau perpustakaan.
“Dia juga bercita-cita untuk menerbitkan karya sendiri yang berkisarkan pemikiran ulama-ulama Nusantara terkenal terutamanya Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dan Syeikh Wan Ahmad Al-Fattani,” katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Muhammad Nur Hadi yang merupakan penuntut tahun akhir Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pengkhususan Pengajian Hadis telah membelanjakan hampir RM20,000 wang simpanannya bagi mendapatkan kitab berkenaan.
Anak ketiga daripada lapan beradik berasal dari Padang Rengas itu mula mengumpul karya turath tulisan ulama Nusantara sejak 2020. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.