SUSPEK KES TEMBAK DI KLIA CUBA LARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia berdasarkan rekod perjalanan suspek yang sering ke luar negara, selain memiliki pasport serta sejumlah mata wang asing Riyal dan Baht.
KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi Ahad lepas sebelum ditahan di Kota Bharu semalam, dipercayai cuba meloloskan diri melalui sempadan negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia berdasarkan rekod perjalanan suspek yang sering ke luar negara, selain memiliki pasport serta sejumlah mata wang asing Riyal dan Baht.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini, beliau berkata polis juga sedang memperhalusi kaedah digunakan suspek dipercayai untuk melarikan diri ke luar negara.
“Rekod perjalanan yang kita kaji sebelum ini memang suspek kerap ke luar negara seperti ke Arab Saudi dan Thailand sebelum masuk ke Malaysia.
“… ya, memang wujud usaha suspek untuk melarikan diri melalui sempadan negara dan kita masih mengumpul maklumat itu,” katanya.
Mengulas mengenai sama ada suspek ada membuat permohonan visa untuk ke luar negara, Mohd Shuhaily berkata perkara itu masih disiasat.
Mohd Shuhaily berkata siasatan awal mendapati suspek tiba di Kelantan pada 14 April lepas dengan menggunakan kereta yang sama iaitu Honda Civic, namun menukar nombor plat pendaftaran kereta itu bagi mengelak pergerakannya dikesan.
Menurutnya sebelum ditahan, lelaki tersebut menginap di sebuah hotel di Kota Bharu.
“Suspek memiliki empat kad pengenalan diri milik orang lain dan satu daripada kad pengenalan itu digunakan untuk membuat pendaftaran hotel,” katanya.
Beliau berkata suspek menggunakan kad pengenalan milik orang lain untuk mengelakkan dirinya dikenal pasti orang awam dan dikesan oleh pihak berkuasa.
“Hasil intipan dilakukan, polis menahan lelaki itu berhampiran sebuah hospital swasta pada kira-kira 3 petang dan berlaku pergelutan,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata lelaki itu pergi ke hospital swasta berkenaan untuk mengambil laporan lengkap pemeriksaan kesihatan miliknya yang telah siap, sebelum ditahan.
Mengulas sama ada lelaki itu mempunyai rangkaian lain dalam kes tembak itu, Mohd Shuhaily berkata suspek bergerak secara bersendirian tanpa dibantu individu lain.
“Senjata api dimiliki suspek juga dipercayai diperoleh secara haram dari negara jiran, bagaimana kaedah suspek memperolehnya, kita akan siasat,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata pemeriksaan tahap kesihatan mental suspek didapati normal dan tindakan lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah isterinya, dirancang oleh suspek sendiri.
“Selepas suspek melepaskan tembakan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), lelaki berkenaan tidak ke tempat lain atau tidak berjumpa dengan mana-mana individu untuk meminta bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Kelantan,” katanya.
Beliau berkata seminggu sebelum kejadian tembak itu, suspek baru sahaja pulang dari Arab Saudi dan seterusnya ke Bangkok, Thailand dan masuk ke negara ini melalui Kelantan.
Sementara itu, polis turut merampas antaranya sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak mengandungi lapan butir peluru hidup di dalamnya dan sekotak mengandungi 24 butir peluru hidup, sebuah kereta Honda Civic, enam telefon bimbit pelbagai jenama, sejumlah mata wang asing Riyal dan Baht dan pasport.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek terlibat dengan kejadian tersebut ditahan pada kira-kira 3 petang semalam, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada Ahad lepas, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.
Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.