Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI SAMUN KEDAI RUNCIT GUNA PARANG DIBURU POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI SAMUN KEDAI RUNCIT GUNA PARANG DIBURU POLIS

Suspek telah melarikan wang tunai sekitar RM300 bersama dua telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki menyamun sebuah kedai runcit di Jalan Seroja, Bukit Sentosa, Rawang, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Dep. Supt. Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa sedang berniaga di kedai runcit berkenaan.

Suspek yang bersenjatakan parang itu bertindak memecahkan mesin pengira wang sebelum melarikan diri.

“Suspek telah melarikan wang tunai sekitar RM300 bersama dua telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM3,800.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, katanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading