MAIWP SANTUNI “FROGMAN”, LIHAT KEPERLUAN DAN BANTUAN SESUAI
Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang mengetuai ziarah itu turut menyampaikan sumbangan bakul rezeki dan wang tunai RM1,000 kepada Mohamad Salman, 23, yang mencari rezeki dengan memakai kostum katak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar (kiri) menziarahi penerima sumbangan Saniah Taib, 54, (kanan) bersama anaknya Siti Nurhashikin Johari, 24, yang dilahirkan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai pelbagai komplikasi penyakit pada Program Ziarah. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Program Ziarah Asnaf menyantuni Mohamad Salman Abdullah atau lebih dikenali sebagai Frogman bagi melihat keperluan dan bantuan yang bersesuaian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang mengetuai ziarah itu semalam turut menyampaikan sumbangan bakul rezeki dan wang tunai RM1,000 kepada Mohamad Salman, 23, yang mencari rezeki dengan memakai kostum katak.
Mohd Na’im turut memberikan penerangan kepada keluarga pemuda itu bagi memastikan bantuan daripada MAIWP dapat disalurkan dengan berkesan.
Selain itu, bantuan lain juga ditawarkan kepada Mohamad Salman antaranya kerusi roda baharu, sewaan rumah, bantuan bulanan dan perubatan bagi menampung kos rawatan kakaknya yang diuji dengan pelbagai komplikasi kesihatan antaranya sakit saraf, jantung dan katarak.
“Salman, bapanya Johari, ibu dan kakaknya pernah disantuni oleh MAIWP sebanyak lima kali, dan turut diberi bantuan…saya juga pesan kepada Salman, insya-Allah bila dah dapat bantuan bulanan dan bantuan sewaan itu dia boleh simpan duit pendapatannya sebagai Frogman,” kata Mohd Na’im.
Sementara itu, Mohd Salman berkata dia berhenti sekolah seawal usia lapan tahun demi membantu menyara keluarga terutama kakak, Siti Nur Hashikin Johari, 24, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dengan komplikasi kesihatan.
Mengenakan kostum katak di sekitar kawasan SOGO Kuala Lumpur, katanya pendapatan yang diperoleh tidak menentu bergantung kepada sumbangan orang ramai dan keadaan cuaca.
Justeru, dia menyambut baik inisiatif yang dilakukan MAIWP untuk turun padang bagi menyantuninya dan keluarga.
“Saya bersyukur dan gembira menteri datang rumah melihat keadaan kami sekeluarga dan mereka pun ada beri sedikit sumbangan untuk ringankan beban kami ,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Chow Kit di sini.
Sebelum ini, Mohd Na’im dilaporkan berkata Program Ziarah Asnaf akan dijadikan sebagai rutin setiap bulan sebagai platform untuk mendekati asnaf dengan lebih rapat. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager