Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKURANG-KURANGNYA 300,000 ORANG DIANCAM KEBULURAN DI UTARA GAZA – PBB

DUNIA

SEKURANG-KURANGNYA 300,000 ORANG DIANCAM KEBULURAN DI UTARA GAZA – PBB

“PBB telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang mengalami kebuluran di utara Gaza. Sekurang-kurangnya 300,000 orang yang tinggal di kawasan itu bergantung kepada bantuan kami untuk kelangsungan hidup mereka.”

Gambar fail (AFP)

JERUSALEM: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini pada Khamis memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 300,000 penduduk di utara Gaza berada di ambang kebuluran susulan pengepungan Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“PBB telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang mengalami kebuluran di utara Gaza. Sekurang-kurangnya 300,000 orang yang tinggal di kawasan itu bergantung kepada bantuan kami untuk kelangsungan hidup mereka,” kata pegawai PBB itu menerusi platform X.

 Lazzarini menambah, kali terakhir UNRWA dibenarkan menghantar makanan ke utara Wadi Gaza adalah pada 23 Januari.

“Sejak awal tahun ini, separuh daripada permohonan misi bantuan kami ke utara ditolak,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading