Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAM CINTA RASUL BAKAL BERGEMA DI PUTRAJAYA 15 SEPTEMBER INI

DALAM NEGARA

MALAM CINTA RASUL BAKAL BERGEMA DI PUTRAJAYA 15 SEPTEMBER INI

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal menganjurkan program Malam Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 15 September 2024 (Ahad) di Dataran Putra, Putrajaya.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal menganjurkan program Malam Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 15 September 2024 (Ahad) di Dataran Putra, Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, program tersebut telah disusun sebagai usaha mengimarahkan program-program penghayatan serta kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Program akan bermula dengan solat Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah disusuli dengan pengisian program Malam Cinta Rasul.

“Program ini akan membawakan empat orang pentausiyah antaranya pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Mufti Selangor Prof. Madya Datuk Dr. Anhar Opir, Mufti Pulau Pinang Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman dan Timbalan Mufti Sabah Datuk Abdul Manap Lakariba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dijemput hadir ke program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya bagi memeriahkan serta mengimarahkan majlis tersebut di samping dapat menyematkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading