PUTRAJAYA: Malaysia mengakui kemajuan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai konflik Palestin-Israel pada 15 Nov.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata ia adalah langkah penting, kerana selepas lebih sebulan UNSC akhirnya mengambil tindakan tegas dan bersama bagi menangani konflik yang sedang berlaku di Gaza.
Ia mesti disusuli dengan tindakan konkrit ke arah menamatkan pergolakan dengan segera supaya tiada lagi nyawa yang terkorban dan kemusnahan harta benda di Gaza.
“Malaysia percaya bahawa Resolusi 2712 (2023) menyediakan langkah sementara bagi memudahkan akses bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan serta melindungi orang awam yang tidak bersalah, khususnya kanak-kanak di seluruh Semenanjung Gaza.
“Malaysia menggesa semua pihak untuk mematuhi resolusi ini, selaras dengan Artikel 25 Piagam PBB,” menurut Wisma Putra pada Jumaat.
Malaysia telah berulang kali menggesa UNSC untuk memenuhi tanggungjawab utamanya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia juga mengulangi kecamannya terhadap serangan kejam dan biadab yang berterusan ke atas penduduk awam Gaza, termasuk pengeboman hospital dan kemudahan awam yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia menolak alasan mempertahankan diri oleh Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan jenayah perang terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
“Pencerobohan Israel tidak wajar dan tidak sah, malah bertentangan dengan prinsip Piagam PBB.
“Malaysia percaya bahawa punca utama isu Palestin, iaitu pendudukan haram yang berterusan mesti ditangani,” menurut kenyataan itu.
Oleh itu, Malaysia berpegang teguh dengan pendirian memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk memperoleh negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Sekurang-kurangnya 11, 667 rakyat Palestin terutama golongan wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 29,000 lagi cedera dalam pencerobohan Israel sejak 7 Okt di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Mereka yang terkorban termasuk 203 petugas kesihatan dan 36 pasukan pertahanan awam, sementara lebih 210 pekerja kesihatan cedera.
Beribu-ribu bangunan termasuk hospital, masjid dan gereja rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests