MELAKA – Dalam era Malaysia Baharu rakyat bukan mahukan kerajaan membuat perubahan bersifat ‘tempel-tempelan’, sebaliknya rakyat mahukan perubahan yang memberi kesan substantif terhadap kehidupan mereka.
Menteri
Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata rakyat tidak
mahu sebuah kerajaan yang riuh berbicara tentang penjenamaan semula
tetapi langsung tidak memberi apa kesan kepada mereka.
“Malaysia Baharu yang dimahukan rakyat adalah Malaysia yang mendayakan rakyat. Perubahan daripada kerajaan yang memperbodohkan rakyat kepada kerajaan yang peka dan bukan pekak kepada keperluan rakyat. Aspirasi rakyat kita penuhi dan sayangi rakyat.
“Kita mesti jadi kerajaan peka kepada
isu rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya, rajin bekerja demi
rakyat dan negara,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucaptama bertajuk “Pembangunan Harapan Rakyat: Mekanisme Malaysia Baharu atau Satu Penjenamaan Semula” pada Seminar Melaka Berwibawa di Bandar Hilir di sini hari ini.
Seminar dua hari bermula semalam dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini dan turut hadir Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, barisan Exco kerajaan negeri dan lebih 400 peserta.
Mohamed Azmin berkata kejayaan terbesar PH dalam menuju setahun pada 9 Mei ini adalah membina sebuah kerajaan demokratik yang bersih dan meruntuhkan kerajaan kleptokrasi sebelum ini.
“Jika tiada kesungguhan ini, negara akan runtuh. Ketirisan akan sebabkan wang rakyat itu hilang dan rakyat akan menerima kesannya,” katanya.
Pada ucapan itu juga beliau turut mengumumkan peruntukan pembangunan berjumlah RM660 juta bagi negeri Melaka tahun ini bagi melaksana 116 projek untuk kesejahteraan rakyat antaranya projek tebatan banjir, jaringan jalan raya dan keperluan kesihatan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita beliau berkata semua pihak harus menghormati kerajaan PH yang dibentuk atas sokongan rakyat dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai tanggungjawab mempertahankan kepimpinan dan kerajaan yang dibentuk itu.
“Saya seru semua pihak supaya tidak ‘undermind’ kepimpinan Tun Dr Mahathir kerana beliau dipilih oleh rakyat dan sedang menumpukan sepenuh tenaga untuk membangunkan ekonomi dan negara.
“Beliau hanya mahu mempertahankan prinsip ‘rule of law’, semua pihak harus menghormati prinsip undang-undang,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai isu pertikaman lidah antara pihak di Istana Johor dan Dr Mahathir. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager