Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (tiga, kiri) menyampaikan replika cek jumlah keseluruhan bantuan Ihya Ramadan dan pengimarahan masjid dan surau bernilai RM8,650,000 kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail (dua, kanan) pada Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah (tiga, kanan), Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin (kanan), Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) Datuk Abdul Aziz Jusoh (dua, kiri). Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Kadar pembaziran
yang tinggi dan peruntukan besar untuk pengurusan sisa pepejal setiap tahun
mendorong kerajaan untuk mengambil langkah proaktif mengadakan kempen ‘Ramadan
Tanpa Pembaziran’ tahun ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, pembaziran di negara ini amat membimbangkan sehingga memberi kesan kepada kewangan negara apabila terpaksa memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk pengurusan sisa pepejal pada 2017.
Sinar Harian yang memetik laporan Bernama menyebutkan laporan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menunjukkan rakyat di negara ini membuang 15,000 tan metrik makanan sehari dan 3,000 tan metrik daripadanya adalah makanan yang masih elok dan tidak sepatutnya dibuang.
“Tetapi, bahan sisa buangan itu
meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan. Jadi ubahlah sikap dan apabila ke
Bazar Ramadan, fikirlah 10 kali sebelum membeli kerana kita antara yang
menyumbang kepada pembaziran yang melampaui batas sehingga boleh merosakkan
alam sekitar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas melancarkan Majlis Pelancaran ‘Marhaban Ya Ramadan’ Peringkat
Kebangsaan di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan KPKT, Datuk
Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah; Ketua Pengarah Jakim,
Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin.
Menurut Mujahid, kempen ‘Ramadan
Tanpa Pembaziran’ akan diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan
kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian
Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc).
“Kerjasama itu sebagai satu projek rentas bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat supaya tidak membazir terutamanya pada Ramadan,” katanya.
Mujahid berkata tabiat pembaziran makanan dalam kalangan umat Islam khususnya pada Ramadan tidak selari dengan prinsip Maqasid Syariah.
“Kita selalu dengar ungkapan
jangan membazir, tetapi tidak pernah dikaji apa kesannya dalam kehidupan ini.
Inilah dasar Maqasid Syariah kerana ia menjaga bukan hanya diri kita tetapi
juga orang lain dan seluruh warga dunia dan ke atas bumi yang didiami,”
katanya.
Justeru, setiap umat Islam perlu
sentiasa peka terhadap setiap tindakan yang dilakukan dan implikasinya supaya
tidak melakukan perkara bertentangan dengan syariat.
Turut disampaikan bantuan kepada
724 masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dengan
peruntukan RM8.6 juta sempena ketibaan Ramadan ini dan penyampaian watikah
pelantikan kepada 960 amil di 74 pusat pungutan zakat di seluruh Wilayah Persekutuan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.