Bualan netizen berhubung status agama dalam kad pengenalan di Facebook.
SHAH ALAM, 30 April – Tindakan
seorang senator DAP yang mencadangkan agar perkataan agama digugurkan daripada
kad pengenalan di Dewan Negara, menjadi bualan hangat netizen terutama dalam
media sosial Facebook.
Ini kerana ramai berpendapat,
cadangan Nga Hock Cheh tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap hak
dan perlembagaan yang sudah termaktub dalam negara sejak sekian lama. Seorang
netizen yang dikenali Loiz Katzroy berkata, perkara itu bukan perlu dikekalkan
sebaliknya ia tidak perlu dibangkitkan.
“Bukan perlu kekal, tak perlu
bangkit pun isu ini. Entah kenapa menteri sibuk nak buat perkara ini,” katanya
memberi komen merujuk kepada berita Sinar Harian bertajuk ‘Status agama dalam
kad pengenalan perlu kekal: Khairy’ di Facebook.
Seorang lagi netizen, Fatihah
Hamzah menganggap kad pengenalan adalah lambang identiti diri yang perlu diberi
keutamaan.
“Memang betul status agama dalam kad pengenalan perlu kekal.”
“Jika perkara ini diubah, susah untuk kita tentukan mana Muslim mana tidak, memandangkan negara ini masyarakat majmuk, ada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” katanya.
Sementara itu, netizen, Mohamad
Hafiz Mohamad berpendapat, status agama dalam kad pengenalan itu sangat penting
untuk membezakan agama setiap rakyat di Malaysia.
“Bagi aku status agama dalam kad
pengenalan sangat penting untuk orang lain tahu tentang agama kita.”
“Kalau ada apa-apa penahanan
selepas ini tiada lagi yang boleh menipu agama dan banyak lagi benda penting yang
boleh diberi keutamaan,” katanya.
Pendapat itu turut disokong oleh
Muhd Isa kerana status agama akan dirujuk sekiranya melibatkan kemalangan
selain memberi kesenangan kepada si waris mengenal pasti identiti ahli keluarganya.
“Kalau seseorang mati, waris si
mati tidak dapat dikesan atau tiada waris, status kad pengenalan dirujuk untuk
mengetahui si mati itu Islam atau sebaliknya.
“Sama juga kalau kes meninggal dunia
di luar negara, pihak berkaitan akan merujuk kad pengenalan untuk dikebumikan
cara Islam atau tidak, jika status agama digugurkan pasti akan timbul isu lain,”
katanya.
Sementara itu, Supramaniam Siva
juga menyokong pendapat Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin itu.
“Memang betul YB Khairy, status
agama perlu kekalkan demi untuk semua agama agar lebih adil.”
“Senang lain kali bila mati tak
perlulah gaduh pasal mana-mana agama. Kadang kala ramai tukar agama tapi tak beritahu
keluarga sendiri pun. Bila dah sampai kubur orang lain pula gaduh-gaduh nak
tuntut mayat menyusahkan pihak lain,” katanya.
Semalam, Khairy bersetuju dengan
pendirian Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengekalkan status
agama dalam kad pengenalan.
Beliau berkata, perkara itu tidak
sepatutnya dijadikan isu kerana meletakkan status agama pada kad pengenalan
bukan satu bentuk diskriminasi dan menghalang perpaduan.
Khairy berkata demikian selepas
menghadiri program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, semalam.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.