KUALA LUMPUR – Para pekerja Malaysia digesa menghadiri kursus latihan kemahiran yang sesuai bagi membolehkan mereka mendapat bayaran gaji 20 peratus lebih tinggi.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dipetik oleh Sinar Harian dilaporkan berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang boleh membaca dan menulis layak untuk menyertai kursus latihan kemahiran di mana-mana institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
“Kebanyakan institut TVET ini mengajar kemahiran asas. Anda tidak memerlukan kertas akademik,” kata beliau semasa sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Sesi Khas Persidangan Menteri-Menteri Buruh ASEAN dan Singapura mengenai Masa Depan Pekerjaan.
“Kita berusaha untuk menumpukan 70 peratus bagi latihan dan 30 peratus kursus kerja,” katanya lagi.
Menurut Kula, terdapat hanya 28 peratus jumlah tenaga kerja di Malaysia ketika ini yang berkemahiran, sedangkan di negara-negara lain seperti Singapura peratusannya mungkin sehingga setinggi 50 peratus.
“Ia langsung tidak memberi prospek yang baik,” kata Kula Segaran.
Hal ini akan mengakibatkan terbantutnya pembangunan dan kemajuan negara dan menyifatkan ia sebagai suatu cabaran besar yang sedang dihadapi oleh negara dan berharap ia boleh diatasi.
Ini termasuklah sasaran untuk mendapatkan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan berakhir tahun depan.
“Sekarang saya berusaha untuk mempercepatkan keseluruhan isu dan memberi keutamaan kepadanya,” katanya.
Menurut beliau lagi, antara cabaran yang dihadapi kementeriannya ialah terdapatnya sesetengah majikan yang enggan menghantar pekerja mereka mendapatkan latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka, sama ada kerana bimbang kehilangan pekerja atau mereka tidak bersedia untuk memberikan cuti tanpa rekod.
Manakala bagi pihak pekerja pula, mereka tidak menyedari mengapa mereka perlu pergi untuk meningkatkan kemahiran.
Justeru itu beliau berjanji akan memberikan insentif khas kepada mereka yang mahu mendapatkan kemahiran untuk mentranformasi keseluruhan proses.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked