Tinjauan Merdeka Centre tidak membimbangkan – Tun M


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada sesi perjumpaan dan berinteraksi dengan pegawai dari peringkat pengurusan dan profesional kakitangan kerajaan hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu bimbang dengan hasil tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini yang menunjukkan rating penerimaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan prestasi beliau sebagai Perdana Menteri telah merosot.

Menurut beliau, kehilangan sedikit populariti dan risiko menerima kritikan ini telah dijangka oleh PH sebagai kerajaan memerintah, sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan telah melakukan kerja.

“Dalam pada itu kami akan lakukan banyak perkara. Ketika ini kami menghadapi kendalaan akibat salah laku kerajaan lepas,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan di Putrajaya, hari ini.

Menurut hasil tinjauan Merdeka Centre itu, rating penerimaan kerajaan menurun ke tahap 39 peratus pada 11 Mac lepas daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018, manakala prestasi Dr Mahathir dalam mentadbir negara juga menurun kepada 46 peratus daripada 71 peratus pada Ogos 2018.

Leave a Reply