KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan
rasa kesal kerana pekerja di negara ini terus menderita kerana
dieksploitasi oleh majikan dan diberikan gaji yang rendah walaupun
memberikan sumbangan besar kepada negara.
Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, kerajaan perlu diingatkan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan bagi memartabatkan sektor buruh di negara berdasarkan komitmen yang telah mereka berikan kepada negara selama ini.
Beliau berharap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan meraikan Hari Pekerja pertama selepas mengambil alih pentadbiran negara supaya membuat pembaharuan secara menyeluruh walaupun terdapat beberapa inisiatif telah dilakukan.
“Kurang setahun lalu, Malaysia meraikan fajar baru dengan pemilihan
kerajaan baharu. Terdapat harapan yang tinggi, kerana pekerja dan
kesatuan sekerja telah menderita terutama beberapa tahun semasa
pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Kami memohon kerajaan baharu tidak berdolak dalik untuk menunaikan janji mereka. Harus ada tindakan, keghairahan dan kemahuan politik dan yang paling penting mengembalikan maruah pekerja yang hilang,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas sempena Hari Pekerja dan sambutan ulang tahun ke-70 MTUC di sini hari ini.
Menyentuh tentang pelaksanaan gaji minima sebanyak RM1,100, Solomon berkata, jumlah tersebut tidak mencukupi walaupun Kerajaan PH telah menjanjikan sebanyak RM1,500 sebelum pentadbiran mereka berakhir.
Bagaimanapun, beliau meminta supaya kerajaan serius mempertimbangkan cadangan MTUC untuk memberikan gaji minima sebanyak RM1,800 terutama kepada golongan B40 berdasarkan cadangan Bank Negara dan Institut Penyelidikan Khazanah.
“Peningkatan kos sara hidup telah menjadi tidak terurus, dan kumpulan berpendapatan rendah sangat menderita.
“Kami berharap pembaharuan yang akan dilakukan akan menjadi titik permulaan yang baik dalam memulihkan keadaan ketidakseimbangan yang memihak kepada pemodal sejak beberapa dekad,” katanya.
Ujar beliau, jika dikira pertumbuhan ekonomi negara sejak kemerdekaan, pekerja tidak diberikan haknya, kontrak sosial perlu dirombak semula, manakala kuasa ekonomi dan politik wajar dialihkan daripada kadar satu peratus kepada 99 peratus.
Tambah Solomon, tema Hari Pekerja iaitu Masa Depan Pekerja, sangat bersesuaian dengan cabaran getir yang terpaksa dilalui oleh golongan tersebut pada ketika ini.
“Peraturan telah ditulis atau dibiarkan tanpa bertulis sejak beberapa dekad yang lalu untuk memihak kepada perniagaan besar. Ini telah menyebabkan jurang kekayaan dan pendapatan semakin melebar,” katanya.
Beliau membidas golongan majikan yang mengamalkan eksploitasi dengan pemberian kontrak yang tidak adil, menafikan upah yang sepatutnya diterima serta perwakilan kesatuan sekerja yang adil.
Sehubungan itu, Solomon meminta supaya pembaharuan terus dilakukan bagi menghalang amalan bersifat eksploitasi oleh majikan termasuk aktiviti anti kesatuan sekerja.
“Mahkamah Perusahaan juga harus bertindak sebagai mahkamah bersama yang mempunyai hati nurani yang baik dalam pengertian sebenar dan mengiktiraf peranan yang dimainkannya untuk menjamin keadilan sosial di negara ini,” ujarnya.
“Hak untuk mendapat upah yang sewajarnya dan perwakilan kesatuan sekerja adalah hak asasi manusia, dan tidak boleh digadaikan oleh perniagaan atau mereka yang mempunyai kepentingan,” kata beliau. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked