Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA BAKAL RAIH POTENSI PELABURAN INDUSTRI HALAL BERNILAI RM4 BILION DARI CHINA – AHMAD ZAHID

DALAM NEGARA

MALAYSIA BAKAL RAIH POTENSI PELABURAN INDUSTRI HALAL BERNILAI RM4 BILION DARI CHINA – AHMAD ZAHID

SHANGHAI: Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan khas pada Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai, China hari ini. — Bernama

SHANGHAI: Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata potensi pelaburan besar itu dicapai hasil pertemuan serta mesyuarat delegasi Malaysia bersama pemain industri halal dari China sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata pelaburan berkenaan merangkumi pelbagai sektor termasuk perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.

“Terdapat 40 syarikat (dari China) yang sangat serius untuk melabur di Malaysia, iaitu menurut perkiraan kita, ia bernilai RM4 bilion.

“Tentunya barang keluaran mereka menjadi keutamaan termasuklah makanan dan minuman. Terdapat juga (permintaan pelaburan berkaitan) kawalan farmaseutikal, kosmetik, vaksin serta bahan perubatan herba,” katanya kepada media Malaysia yang mengikuti lawatan kerja lima hari beliau ke China.

Terdahulu beliau menyampaikan ucapan khas pada forum yang dianjurkan Halal Development Corporation (HDC) yang turut disertai pemain industri dari Malaysia dan China. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading