MALAYSIA BERUPAYA BANTU GAZA TANPA ABAIKAN KEBAJIKAN RAKYAT – MAPIM
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sejak sekian lama, Malaysia mempunyai pengalaman yang baik dalam mengimbangi usaha menangani masalah yang dihadapi dalam negara, di samping menghulurkan bantuan kepada masyarakat antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin Malaysia mempunyai keupayaan untuk membantu negara lain melalui misi kemanusiaan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sejak sekian lama, Malaysia mempunyai pengalaman yang baik dalam mengimbangi usaha menangani masalah yang dihadapi dalam negara, di samping menghulurkan bantuan kepada masyarakat antarabangsa.
“Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya menjalankan pelbagai inisiatif kebajikan dalam negara, sambil tetap menghulurkan bantuan kepada negara lain dalam krisis.
“Contohnya, ketika pandemik COVID-19, Malaysia masih mampu membantu negara lain melalui misi kemanusiaan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menggerakkan usaha pembinaan sekolah, hospital dan masjid di Gaza sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula kawasan berkenaan.
Mohd Azmi berkata usaha membantu Gaza membina sekolah sangat penting kerana kemusnahan infrastruktur yang dihadapi mereka merupakan satu keperluan mendesak berbanding dengan keadaan di negara ini, yang sistem pendidikan masih berfungsi.
“Walaupun sekolah luar bandar di Malaysia masih menghadapi cabaran seperti kekurangan infrastruktur dan kemudahan, keadaan ini jauh lebih baik berbanding di Gaza, yang kebanyakan sekolah telah hancur akibat serangan berterusan.
“Di Malaysia, pelajar masih mempunyai akses kepada bangunan sekolah, guru dan kemudahan asas sedangkan di Gaza banyak sekolah telah musnah sepenuhnya, menyebabkan ribuan pelajar kehilangan tempat belajar dan pendidikan mereka terhenti,” katanya.
Beliau berkata isu kemanusiaan sememangnya tidak mengenal sempadan, justeru Malaysia sebagai negara yang mendukung hak asasi manusia dan perpaduan umat Islam mempunyai tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat penindasan serta peperangan.
Malaysia juga mempunyai reputasi sebagai negara yang lantang memperjuangkan hak Palestin dan mengurangkan sokongan kepada Gaza boleh melemahkan pengaruh diplomatik Malaysia di peringkat antarabangsa, sekali gus menjejaskan hubungan dengan negara Islam lain.
Mohd Azmi berkata bantuan kepada Gaza tidak semestinya datang daripada dana kerajaan sahaja, sebaliknya banyak NGO dan individu yang bersedia menyumbang secara sukarela, sekali gus tidak akan membebankan ekonomi negara jika dilakukan melalui saluran yang betul. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager