MALAYSIA DAN INDONESIA CAPAI PERSETUJUAN PENTING DALAM RUNDINGAN TAHUNAN KE-13
Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 yang berlangsung di Jakarta termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata antara pencapaian utama rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kesihatan, maklumat dan komunikasi serta tadbir urus Internet.
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia mencapai beberapa persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13 yang berlangsung di Jakarta termasuk isu sempadan, peluasan kerjasama ekonomi serta usaha mempercepat pelaksanaan projek tenaga baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata antara pencapaian utama rundingan berkenaan ialah pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi isu sempadan termasuk Pulau Sebatik serta kesihatan, maklumat dan komunikasi serta tadbir urus Internet.
“Kami menyentuh pelbagai isu penting termasuk sasaran perdagangan dua hala sebanyak USD30 bilion, kerjasama pelaburan di Ibu Kota Nusantara (IKN), serta kemudahan akses rentas sempadan yang lebih lancar di Entikong,” kata beliau pada sidang media selepas rundingan berkenaan di sini hari ini.
Anwar berkata pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor strategik di Indonesia berteraskan semangat tulen untuk memperkukuh kesejahteraan serantau.
Perdana Menteri berkata hasrat Malaysia ialah untuk menjadi rakan pembangunan yang jujur dan amanah dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga boleh baharu dengan Sarawak sebagai hab eksport infrastruktur, perumahan, pendidikan dan teknologi.
Mengenai isu sempadan laut di Laut Sulawesi, Anwar berkata perbincangan dijalankan berasaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), serta kepentingan kedua-dua negara.
“Semangat kita ialah untuk menjaga kepentingan masing-masing sambil menghormati garis sempadan yang ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa. Kita teruskan dengan semangat itu supaya tiada ketegangan,” kata beliau.
Dalam soal keselamatan, Anwar berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui kerangka Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) bagi memelihara ketenteraman Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
Beliau berkata keutamaan Malaysia kekal pada keselamatan strategik di Selat Melaka dan Laut China Selatan, sambil mengingatkan bahawa nasib rantau ini perlu ditentukan rantau ini sendiri, bukannya oleh kuasa luar.
Berhubung gesaan segelintir pihak di Indonesia supaya Malaysia membantu dalam isu melibatkan ahli perniagaan Indonesia Mohd Riza Chalid, Perdana Menteri berkata perkara itu perlu dipertimbangkan mengikut kerangka undang-undang.
“Setakat ini, kita hanya dimaklumkan secara umum dan belum menerima sebarang keterangan jelas berhubung perkara terbabit. Namun, kita bersedia memberikan kerjasama penuh kerana Malaysia dan Indonesia ialah negara sahabat,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Mohd Riza yang dinamakan pihak berkuasa Indonesia sebagai suspek kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah PT Pertamina bagi tempoh 2018 hingga 2023, didakwa kini berada di Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked