Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA KUTUK SERANGAN UDARA REJIM ISRAELI DI JENIN, PALESTIN

DUNIA

MALAYSIA KUTUK SERANGAN UDARA REJIM ISRAELI DI JENIN, PALESTIN

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.

Israel telah melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin serta mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. (FOTO / AFP)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.

Wisma Putra dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa Malaysia menggesa Israel agar segera menghentikan pertumpahan darah itu dan membenarkan penduduk Jenin mendapat akses kepada bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan kesihatan.

“Malaysia juga sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan anggota komuniti antarabangsa agar mendesak rejim Israel menghentikan jenayah kejinya terhadap kemanusiaan serta dasar aparteid ke atas penduduk Palestin demi keamanan dan kestabilan sejagat.

“Malaysia terus kekal dengan pendirian bahawa penduduk Palestin berhak mendapat kemerdekaan dan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan perjanjian sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu, peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan di Jenin dan banyak nyawa yang terkorban disebabkan oleh tindakan agresif Israel.

“Provokasi, tindakan agresif dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel adalah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kemanusiaan,” katanya. 

Bernama sebelum ini melaporkan pada Isnin bahawa Israel telah melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin serta mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading