Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA SOKONG KUAT CADANGAN AS TAMAT KONFLIK DI GAZA – PM

DALAM NEGARA

MALAYSIA SOKONG KUAT CADANGAN AS TAMAT KONFLIK DI GAZA – PM

Perdana Menteri berkata cadangan Presiden AS Joe Biden bersama Qatar serta Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Palestin dan Israel khususnya bagi menghentikan serangan ganas ke atas Gaza.

Datuk Seri Anwar Ibrahim –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia menyokong kuat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan pertempuran di Gaza melalui gencatan senjata sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata cadangan Presiden AS Joe Biden bersama Qatar serta Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Palestin dan Israel khususnya bagi menghentikan serangan ganas ke atas Gaza.

“Kita juga bincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan memberikan sokongan kepada Mesir, Qatar dan AS. Saya percaya ia lebih lunak berdasarkan apa yang pernah saya bincangkan dengan pimpinan Hamas,” katanya kepada media ketika diminta memberi reaksi terhadap cadangan AS itu.

Anwar ditemui selepas majlis pelancaran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI di sini hari ini.

Beliau menyifatkan cadangan AS adalah pendekatan paling tegas yang diambil oleh negara itu dan menyeru semua pihak menyokong cadangan itu sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata tindakan tegas AS terhadap Israel perlu kerana bencana dan kesengsaraan rakyat di Palestin adalah disebabkan kedegilan dan keangkuhan Israel.

Pada 31 Mei lepas, Biden mengumumkan cadangan tiga fasa untuk gencatan senjata sepenuhnya di Gaza, pembebasan tawanan dari kedua-dua pihak, usaha ke arah menamatkan permusuhan secara kekal dan rancangan pembinaan semula Gaza. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading