Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

30 SYAHID TERMASUK KANAK-KANAK DALAM PENGEBOMAN ZIONIS ISRAEL DI SEKOLAH GAZA

DUNIA

30 SYAHID TERMASUK KANAK-KANAK DALAM PENGEBOMAN ZIONIS ISRAEL DI SEKOLAH GAZA

Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

GAZA: Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis.

Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat”.

Menurut pihak berkuasa itu, serangan berterusan oleh tentera Israel “adalah bukti jelas jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam”.

Israel masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading