Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENUNGGANG MOTOSIKAL RENTUNG TERLIBAT KEMALANGAN DI LPT2

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL RENTUNG TERLIBAT KEMALANGAN DI LPT2

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa Wan Amir Faiz Jamal Paisal, 20 tahun, melanggar belakang sebuah kenderaan Toyota Hilux yang berhenti di lorong kecemasan kerana sebuah daripada motosikal konvoi mengalami kerosakan.

KUALA BERANG: Seorang penunggang motosikal rentung apabila kenderaan yang ditungganginya terbakar selepas merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 399.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT), Bukit Besi-Ajil, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal Honda C100 dengan Toyota Hilux kira-kira 1.10 tengah hari.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa Wan Amir Faiz Jamal Paisal, 20 tahun, melanggar belakang Toyota Hilux yang berhenti di lorong kecemasan.

“Siasatan mendapati pemandu Toyota Hilux wanita berusia 37 tahun itu baru pulang daripada menghadiri sebuah majlis di Kuantan, Pahang, dan dalam perjalanan pulang ke Gua Musang, Kelantan, bersama konvoi motosikal.

“Wanita tersebut telah berhenti di lorong kecemasan kerana sebuah daripada motosikal konvoi mengalami kerosakan. Bagaimanapun, ketika mahu menyambung perjalanan, mangsa yang berasal dari Machang tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh Hilux berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading