Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BUAYA DIPERCAYAI MUNCUL DI BAGAN LALANG, ORANG RAMAI DIMINTA JAUHI PANTAI

DALAM NEGARA

BUAYA DIPERCAYAI MUNCUL DI BAGAN LALANG, ORANG RAMAI DIMINTA JAUHI PANTAI

Orang ramai dinasihatkan menjauhi persisiran Pantai Bagan Lalang selepas haiwan menyerupai buaya dilaporkan muncul berhampiran sebuah pusat peranginan.

PUTRAJAYA: Orang ramai khususnya pengunjung dan pelancong dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang susulan laporan mengenai kemunculan haiwan dipercayai buaya di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai haiwan menyerupai buaya yang dilihat di pantai berkenaan lewat petang semalam.

Menurutnya, haiwan itu dilaporkan berada berhampiran sebuah pusat peranginan di Pantai Bagan Lalang.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengadakan aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek bagi keselamatan penduduk setempat dan pelancong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata, polis akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani situasi itu serta mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan orang awam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading