DALAM NEGARA
DUN SARAWAK BUBAR, TIRAI PRN13 KINI RASMI DIBUKA
Tirai PRN13 Sarawak dibuka secara rasmi selepas DUN dibubarkan hari ini dengan SPR kini menjadi tumpuan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Tirai PRN13 Sarawak dibuka secara rasmi selepas DUN dibubarkan hari ini dengan SPR kini menjadi tumpuan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).
Pengumuman pembubaran itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran berkenaan.
Tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRN13 termasuk hari penamaan calon dan pengundian.
Pada 23 Oktober lalu, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dilaporkan berkata, tarikh mesyuarat khas itu akan ditentukan sebaik pihaknya menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak.
Sementara itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara dengan mematuhi segala kehendak dan kelaziman perlembagaan yang berkuat kuasa.
“Pentadbiran awam dan perkhidmatan penting akan diteruskan bagi memastikan keperluan serta kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.
Mandat semasa DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi sepatutnya berakhir pada Februari 2027.
Pada PRN ke-12 yang diadakan pada 18 Disember 2021, GPS memperoleh mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.
Bagaimanapun, dinamik politik negeri berubah selepas PSB dibubarkan pada 2024 yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke Parti Demokratik Progresif (PDP), satu daripada komponen GPS.
Seorang lagi bekas ADUN PSB, See Chee How yang mewakili Batu Lintang pula keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP. — AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang jururawat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan 10 sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan seorang...
Institusi berkaitan kerajaan yang diberi mandat menjaga kepentingan Bumiputera dan umat Islam perlu menjadi contoh dalam...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan pembangunan untuk rakyat tetap disalurkan ke semua kawasan...
Media sebelum ini melaporkan keluarga warga emas itu mendakwa mangsa hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya...
Seorang pramugara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.