Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT WANITA TANPA PAKAIAN DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI

DALAM NEGARA

MAYAT WANITA TANPA PAKAIAN DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI

Mayat seorang wanita tanpa pakaian dan hampir mereput ditemukan terapung di sungai berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani. Polis masih berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an.

SUNGAI PETANI: Mayat seorang wanita yang hampir mereput ditemukan terapung di sungai berhampiran Pekan Lama di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, mayat berkenaan ditemukan orang awam dalam keadaan terlentang dan tanpa pakaian.

“Identiti mayat belum dapat dikenal pasti mahupun bangsanya, jadi diminta masyarakat yang ada kehilangan ahli keluarga datang untuk buat laporan polis.

“Setakat ini kita klasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR), kita akan tengok sama ada terdapat tanda perlakuan ataupun perbuatan berunsur jenayah selepas bedah siasat nanti,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Hanyan, keadaan mayat yang sudah mereput turut menyukarkan proses mengenal pasti kewarganegaraan serta menentukan sama ada terdapat kesan kecederaan.

Polis akan menyemak laporan orang hilang di daerah Kuala Muda dan kawasan berdekatan bagi mencari padanan dengan deskripsi mangsa yang dipercayai wanita lingkungan usia 30-an.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top