Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan US$5 juta (kira-kira RM22.34 juta) kepada rakyat Palestin menerusi inisiatif kerajaan Jordan, bagi meringankan penderitaan mereka yang berdepan krisis kemanusiaan di Gaza.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) bersama Duta Besar Jordan Dr Ismael Madallah Suliman Maaytah (dua, kanan) menyerahkan replika cek sumbangan bernilai USD 5,000,000 kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali (kanan) Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Malaysia Kepada Palestin Di Bawah Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan, di Wisma Putra, hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan US$5 juta (kira-kira RM22.34 juta) kepada rakyat Palestin menerusi inisiatif kerajaan Jordan, bagi meringankan penderitaan mereka yang berdepan krisis kemanusiaan di Gaza.
Sumbangan itu disampaikan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Duta Besar Jordan Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di Wisma Putra, Putrajaya.
Mohamad berkata sumbangan itu merupakan hasil derma rakyat Malaysia di bawah tabung Akaun Amanah Khas Rakyat Palestin (AAKRP).
“Ini merupakan usaha Malaysia, rakyat dan kerajaan, untuk kita terus membantu rakyat Palestin yang mengalami kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. Kita amat berdukacita.
“Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai jiwa yang sentiasa bersama untuk membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan daripada Malaysia kepada Palestin di bawah Inisiatif Kerajaan Hashimiah Jordan.
Mohamad berkata sebanyak RM99 juta sumbangan telah dikumpulkan di bawah tabung AAKRP sejak ia ditubuhkan pada Oktober 2023.
Beliau berkata daripada jumlah itu, lebih RM70 juta telah diserahkan kepada pihak berkaitan misi membantu Palestin.
“Termasuk hari ini (sumbangan US$5 juta), kita telah pun menyerahkan kepada pihak-pihak tertentu di sana dan juga melalui wakil NGO (badan bukan kerajaan) kita di sini, seperti Ops Ihsan dan lain-lain.
“Ada sedikit lagi dan kita akan serahkan pula terus kepada pihak Palestin supaya mereka dapat membina atau mengurus semula perigi-perigi yang telah pun dimusnahkan, bantuan perubatan yang amat diperlukan dan lain-lain lagi,” katanya sambil menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyumbang kepada AAKRP.
Beliau berkata Wisma Putra akan menguruskan tabung itu dengan telus dan melaporkan perincian ke Kabinet setiap tiga bulan seperti kepada siapa dan berapa jumlah diserahkan.
Mohamad dalam ucapannya berkata sumbangan hari ini adalah tanda sokongan kepada inisiatif diterajui Kerajaan Hashemite Jordan.
“Kerjasama antara Malaysia dan Jordan ini segera dilaksanakan apabila rakan sejawatan saya dari Jordan memaklumkan mengenai rancangan Raja Abdullah II untuk mengetuai operasi komprehensif yang bertujuan mewujudkan jambatan udara antara Zarqa, Jordan dan lintasan Karni berhampiran Gaza.
“Misi ini, yang akan berlangsung selama tujuh hari, akan menggunakan helikopter Black Hawk untuk menyampaikan 238 tan bantuan bernilai tinggi kepada rakyat Palestin, memudahkan masyarakat antarabangsa untuk memastikan bantuan kemanusiaan kritikal dihantar dengan selamat dan cekap kepada mereka yang memerlukan dengan segera,” katanya.
Mohamad berkata sumbangan itu juga akan membantu Jordan memperoleh lebih banyak trak yang akan digunakan untuk memasuki Gaza melalui laluan jalan darat.
Menurut Wisma Putra dalam kenyataan, Malaysia komited untuk menyalurkan bekalan keperluan asas seperti makanan, sumber perubatan dan bantuan penting lain bagi memenuhi keperluan kemanusiaan mendesak rakyat Palestin di Gaza.
Menurut kenyataan itu, Malaysia kekal teguh dengan sokongannya kepada rakyat Palestin sehingga mereka mencapai hak untuk menentukan nasib sendiri dalam sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
“Malaysia sentiasa lantang dalam solidariti dengan rakyat Palestin, memperjuangkan kebebasan, martabat dan keadilan mereka di peringkat global,” menurut Wisma Putra. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked