10 PENUNTUT IPG CEDERA, SEORANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI GUA MUSANG
Kumpulan 11 penuntut IPG berkenaan yang menaiki empat kenderaan, iaitu dua Perodua Axia dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga dari arah Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke IPG di Besut.
KOTA BHARU: Seorang penuntut wanita di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Besut, Terengganu maut manakala 10 penuntut yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta yang bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini.
Kumpulan 11 penuntut IPG berkenaan yang menaiki empat kenderaan, iaitu dua Perodua Axia dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga dari arah Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke IPG di Besut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian itu berlaku pada 6.45 pagi tadi apabila polis menerima pemakluman terdapat kemalangan maut di kilometer 16 di jalan berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sebuah treler dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari Kuala Lipis, Pahang menghala ke Gua Musang, Kelantan telah hilang kawalan dan melanggar sisi kanan kedua-dua kereta Perodua Axia, Proton Saga dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan.
“Akibat perlanggaran itu, pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, penumpang hadapan dan seorang penumpang belakang cedera manakala seorang lagi penumpang belakang maut.
“Pemandu kereta Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala enam lagi penuntut hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat manakala mangsa yang lain sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menerusi talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat 013-3010408. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked