MANFAAT TEKNOLOGI AI, ROBOTIK UNTUK PERKUKUH INDUSTRI HALAL – KP JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memanfaatkan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) dan robotik untuk memperkukuh industri halal negara serta memastikan pematuhan terhadap hukum syarak, kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memanfaatkan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) dan robotik untuk memperkukuh industri halal negara serta memastikan pematuhan terhadap hukum syarak, kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Beliau berkata JAKIM merancang untuk membangunkan sebuah pusat rujukan industri halal berteknologi tinggi yang bakal dikenali sebagai Halal International Halal Innovation and Technology Centre, dan dijangka mula direalisasikan tahun ini.
“Pusat ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai industri halal dan teknologi yang digunakan, termasuk inovasi terkini dalam proses penyembelihan serta pengeluaran makanan halal yang pantas, mudah dan menguntungkan, tanpa mengabaikan hukum syarak,” katanya pada sesi temu bual khas bersama media, di sini semalam.
Sirajuddin berkata penggunaan teknologi seperti AI dan robotik dalam industri halal adalah tidak dapat dielakkan, namun ia perlu dilaksanakan menerusi satu platform bersama yang melibatkan industri, pakar teknologi serta pihak berautoriti agama bagi memastikan kefahaman yang selari.
Beliau berkata JAKIM juga sedang memperkukuh kerjasama dengan agensi pembimbing bagi membantu industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), memahami keperluan pensijilan halal serta memudahkan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan.
Sirajuddin berkata minat antarabangsa terhadap produk halal Malaysia terus meningkat dengan kehadiran delegasi dari pelbagai negara termasuk China, Mexico, negara-negara Balkan dan Amerika Latin, namun cabaran utama untuk menembusi pasaran baharu adalah halangan bahasa.
“Mereka tidak bertutur dalam bahasa Inggeris dan kita pula tidak menguasai bahasa mereka, menyebabkan urusan perdagangan tidak dapat diselesaikan dengan berkesan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, usaha sedang digerakkan bagi merapatkan jurang berkenaan, termasuk mencari pihak perantara bagi membolehkan produk halal Malaysia menembusi pasaran baharu seperti Eropah Timur dan Amerika Latin.
Dalam perkembangan berkaitan, Sirajuddin berkata kerajaan turut merancang menubuhkan Malaysia International Islamic Faith Academy sebagai pusat rujukan yang menghimpunkan kajian dan penyelidikan berkaitan hukum-hakam Islam di universiti tempatan.
Beliau berkata inisiatif itu penting bagi memastikan sumber rujukan sahih dapat dimanfaatkan secara meluas serta membendung penyelewengan maklumat dan ajaran yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Kajian-kajian ini ada yang tersimpan di perpustakaan dan tidak dimanfaatkan. Kita mahu ia diketengahkan supaya boleh dirujuk oleh masyarakat umum dan menjadi sumber sahih, termasuk untuk kegunaan teknologi seperti AI,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager