SEKOLAH AGAMA RAKYAT TERUS DIPERKASA, BENTENG AKIDAH UMMAH – PM ANWAR
Kerajaan akan terus memperkasa sekolah-sekolah agama rakyat termasuk institusi pondok dan tahfiz di seluruh negara melalui peruntukan khas bagi menambah baik kemudahan serta kelengkapan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan akan terus memperkasa sekolah-sekolah agama rakyat termasuk institusi pondok dan tahfiz di seluruh negara melalui peruntukan khas bagi menambah baik kemudahan serta kelengkapan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta pada tahun lepas dan meningkat kepada RM200 juta tahun ini bagi menambah baik kemudahan termasuk melibatkan 11 projek sekolah agama serta pondok di Pulau Pinang.
“Kita mahu mengangkat martabat pendidikan agama kerana pondok dan sekolah agama rakyat ini menjadi benteng pertahanan akidah dan akhlak ummah sejak sekian lama.
“Institusi pondok juga mempunyai sejarah penting sejak zaman penjajahan kerana ketika kuasa asing menguasai sistem pendidikan dan pemikiran rakyat, pondok menjadi benteng mempertahankan akidah, akhlak serta jati diri umat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Kubang Ulu, di sini hari ini.
Anwar berkata kerajaan menghormati pendekatan serta manhaj tarbiah yang ditetapkan oleh golongan ulama dan guru-guru di pondok seterusnya berharap mereka dapat memberikan kerjasama supaya usaha penambahbaikan dapat dilaksanakan selari dengan perkembangan semasa.
Perdana Menteri mengulangi bahawa institusi pendidikan agama perlu terus diperkasakan tanpa mengabaikan keperluan penguasaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.
“Kalau kita tidak kuasai AI, orang lain yang tidak memahami nilai dan agama akan menguasai bidang ini. Teknologi itu seperti komputer dan buku, ada yang membawa manfaat dan ada yang membawa mudarat. Sebab itu kita mesti tahu dan menguasainya,” kata beliau.
Pada masa sama, Anwar mahu sekolah-sekolah agama memperkukuh penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta menambah pengetahuan sejarah Malaysia supaya generasi muda memahami asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata langkah itu penting agar pelajar sekolah agama mengetahui jaminan utama termaktub dalam Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping menghormati hak seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Kalau kita hendak maju, kita kena gapai yang di langit dengan ilmu dan teknologi, tetapi kita mengakar ke bumi dengan nilai, adab dan akhlak,” katanya.
Perdana Menteri turut memaklumkan beliau akan berbincang dengan beberapa pemimpin dan tokoh berkaitan termasuk Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan bagi merangka pendekatan terbaik untuk memperkasa sekolah agama dan institusi pondok. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked