Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MET MALAYSIA KELUAR AMARAN HUJAN BERTERUSAN HINGGA RABU 26 NOV

DALAM NEGARA

MET MALAYSIA KELUAR AMARAN HUJAN BERTERUSAN HINGGA RABU 26 NOV

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berterusan sehingga 26 Nov melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Besut di Terengganu.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berterusan sehingga 26 Nov melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Besut di Terengganu.

Menurut kenyataan MET Malaysia hari ini, kawasan di Kedah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Sementara itu, amaran Hujan Berterusan (Buruk) turut dikeluarkan sehingga tarikh sama bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak, Pahang dan Selangor dijangka mengalami hujan berterusan sehingga 24 dan 26 Nov.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi MET Malaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading