PENUNTUT UNIKL DITEMUKAN LEMAS DI KAWASAN REKREASI DI KULIM
Seorang penuntut lelaki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Kulim ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai yang deras ketika sedang mandi bersama-sama tiga lagi rakannya di kawasan Rekreasi Lubuk Buluh Sungai Sedim, dekat Kulim hari ini.
ALOR SETAR: Seorang penuntut lelaki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Kulim ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai yang deras ketika sedang mandi bersama-sama tiga lagi rakannya di kawasan Rekreasi Lubuk Buluh Sungai Sedim, dekat Kulim hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Zulkifli Azizan berkata mayat Nor Airil Hazimi Mansur, 21, dari Kelantan itu dijumpai kira-kira 800 meter (m) dari lokasi awal mangsa mandi bersama dengan rakan-rakannya.
“Siasatan awal mendapati mangsa dan rakan-rakannya datang untuk mandi di kawasan rekreasi itu pada 8.30 pagi. Semasa sedang mandi, mangsa telah dihanyutkan air sungai dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa, tetapi arus yang deras terus menenggelamkan dan menghanyutkan mangsa.
“Rakan mangsa kemudiannya telah meminta bantuan daripada penduduk kampung. Pada 12.30 tengah hari, mayat mangsa telah berjaya ditemukan sebelum dibawa naik ke tebing sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata proses pengecaman awal mayat telah dilakukan oleh rakan mangsa sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.29 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.
“Sebanyak lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech telah ke lokasi kejadian. Laporan awal yang diperoleh mendapati mangsa yang berusia 21 tahun sedang mandi bersama-sama tiga lagi rakannya sebelum dilaporkan lemas.
“Mangsa kemudiannya telah dijumpai oleh anggota bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.