Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ASMAH MANSOR DIJANGKA TIBA MALAM INI – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

ASMAH MANSOR DIJANGKA TIBA MALAM INI – MOHD NA’IM

Jemaah haji Asmah Mansor yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Saudi German Hospital di Makkah sejak 13 Sept dijangka tiba di Malaysia malam ini.

PUTRAJAYA: Jemaah haji Asmah Mansor yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Saudi German Hospital di Makkah sejak 13 Sept dijangka tiba di Malaysia malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata usaha membawa pulang diselaraskan Tabung Haji (TH) dan ketibaan Asmah, 71, tertakluk kepada koordinasi akhir melibatkan urusan penerbangan, dokumentasi serta pengesahan kesihatan.

“(Koordinasi akhir) meliputi pihak berkuasa berkaitan termasuk agensi berautoriti di Arab Saudi. Semoga semua urusan berjalan lancar. Saya mohon seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan misi dipermudah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im mewakili kerajaan merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas keprihatinan, sokongan dan sumbangan termasuk wang tunai untuk membantu keluarga Asmah.

“Keprihatinan rakyat mencerminkan semangat persaudaraan dan kasih sayang sesama umat. Saya turut mengucapkan tahniah kepada TH serta kerajaan Arab Saudi atas kerjasama dan komitmen menjayakan misi ini,” katanya. 

Sebelum ini, Mohd Na’im berkata misi membawa pulang Asmah yang dirawat di Makkah akibat pneumonia dimulakan setelah jumlah sumbangan untuk membiayai kos itu, iaitu kira-kira RM500,000 mencukupi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading