TIGA PENJENAYAH DITEMBAK MATI SELEPAS CEDERAKAN ANGGOTA POLIS
Tiga penjenayah ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang sawit Durian Tunggal, Alor Gajah, pagi tadi.
MELAKA: Tiga penjenayah ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang sawit Durian Tunggal, Alor Gajah, pagi tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi menyebabkan anggota polis berpangkat koperal, berusia awal 30-an, cedera parah di lengan kiri.
“Kesemua suspek lelaki berusia antara 24 dan 29 tahun daripada Geng Durian Tunggal itu dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis sebelum terserempak pasukan polis yang menjalankan Op Casa Melaka.
“Semasa cubaan menahan penjenayah itu, seorang suspek bertindak agresif dengan melibas parang terhadap anggota polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Dzulkhairi berkata polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri.
Beliau berkata kesemua suspek merupakan warga tempatan, dua daripadanya berusia 29 dan 24 tahun, manakala seorang lagi masih dikenal pasti kerana tidak membawa kad pengenalan.
“Geng Durian Tunggal aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta. Suspek 29 tahun mempunyai 39 rekod jenayah lampau, manakala suspek 24 tahun mempunyai 12 rekod lampau,” katanya.
Modus operandi geng ini ialah memarkir kenderaan dalam ladang kelapa sawit dan berjalan kaki sebelum menyamun rumah, kedai, dan kilang.
Beliau berkata polis merampas tiga bilah parang, satu pemotong jeriji, tiga topeng muka dan tiga pasang sarung tangan, manakala anggota polis yang cedera kini dirawat di Hospital Melaka.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Op Casa Melaka dilaksanakan sejak sebulan lalu susulan peningkatan kes samun di negeri ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.