Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BLOK PANGSAPURI DIKOSONGKAN SUSULAN TANAH RUNTUH DI SEPUTEH

DALAM NEGARA

DUA BLOK PANGSAPURI DIKOSONGKAN SUSULAN TANAH RUNTUH DI SEPUTEH

Penghuni dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan mengosongkan kediaman susulan pergerakan tanah akibat kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran, pagi tadi.

Sumber: JBPM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Penghuni dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan mengosongkan kediaman susulan pergerakan tanah akibat kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi membabitkan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter.

Beliau berkata kejadian menjejaskan dua kereta dan beberapa motosikal dengan satu daripadanya tertimbus.

“Runtuhan tanah memasuki kawasan pangsapuri berhampiran dan hasil perbincangan dengan wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, arahan dibuat kerana masih terdapat pergerakan tanah serta hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan bomba masih di lokasi untuk memantau pergerakan tanah.

Beliau berkata 11 anggota digerakkan ke lokasi kejadian dengan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera utiliti.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading