Bapa kepada arwah Zubaidah, Abd Rajak Sakiman, 66, tidak dapat menahan kesedihan sebaik tiba di Hospital Alor Gajah untuk pengecaman anak, menantu dan cucunya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 216 Arah Utara Lebuh Raya Utara Selatan yang berhampiran jejantas Ayer Keroh, hari ni.–fotoBERNAMA (2022)
ALOR GAJAH: Mimpi seorang ayah melihat anak perempuan, menantu serta cucunya sekeluarga berpakaian hitam putih, menjadi petanda bahawa tiga beranak itu akan pergi untuk selama-lamanya.
Abd Rajak Sakiman, 66, berkata beliau mendapat mimpi itu dua minggu lepas dan sejak itu mulai merasa tidak sedap hati.
Katanya beliau mengetahui arwah sekeluarga sudah tiada hanya selepas tiba di Hospital Alor Gajah.
“Bila sampai sini (unit forensik) barulah saya tahu ketiga-tiga mereka dah tiada, terus saya jadi lemah,” katanya mengenai kejadian yang menimpa anak kesembilan dari 10 adik beradik itu.
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Km216 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jejantas Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi tadi, mengorbankan tiga beranak, Zubaidah Abd Rajak dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi yang baru berumur setahun.
Abd Rajak berkata percutian ke Port Dickson itu dirancang arwah bersama adik-beradiknya yang lain, dan mereka bergerak dari Johor Bahru secara berkonvoi.
“Dua dari Muar dan dua lagi dari Johor Bahru. Saya gerak dari Muar sebab tinggal di situ dan arwah bergerak dengan kakaknya sebab tinggal di sana, tapi bila dah pukul 1.30 petang pun tak sampai-sampai, kami mula tertanya-tanya.
“Kami cuba telefon Zubaidah tapi tak terjawab, begitu juga dengan suaminya. Tak lama lepas tu, anak saya tunjuk satu pesanan WhatsApp dan beritahu Syafiq kemalangan,” katanya.
Sementara itu salah seorang kakak Zubaidah berkata kali terakhir beliau bertemu dengan adiknya itu adalah di Plaza Tol Skudai pagi tadi dalam perjalanan ke Port Dickson, dan menurutnya beliau turut melihat ada sedikit ‘kelainan’ pada wajah arwah.
“Memang tidak sedap hati dan sejak arwah ajak pergi ke Port Dickson semalam, saya termenung. Teringatkan alamat sebelum ini, (mimpi bapa) yang melihat mereka dalam pakaian hitam putih,” katanya yang dilihat gagal menahan air mata.
Beliau ditemui pemberita di perkarangan unit forensik Hospital Alor Gajah dengan ditemani beberapa ahli keluarga yang lain.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked