MODUL KPPO1 MOTOSIKAL, MOTOKAR DIGABUNG MULAI 1 OGOS
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun dasar satu kelas teori telah dimulakan sejak 2023 tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih menggunakan modul berasingan untuk motosikal dan motokar.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 di Stadium Indera Mulia hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) yang sebelum ini berasingan untuk lesen motosikal dan motokar akan disatukan mulai 1 Ogos ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun dasar satu kelas teori telah dimulakan sejak 2023 tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih menggunakan modul berasingan untuk motosikal dan motokar.
“Kedua-dua modul KPP01 motosikal dan motokar yang sebelum ini berasingan, dikemas kini menjadi satu modul pembelajaran sahaja untuk memberikan penekanan tambahan kepada pemanduan secara selamat.
“JPJ akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat, kaedah pelaksanaan dan prosedur pengoperasian,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-79 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
Loke berkata langkah berkenaan adalah antara penambahbaikan penyampaian perkhidmatan JPJ termasuk aplikasi MyJPJ dengan kaedah pembayaran boleh dilakukan melalui TNG e-Wallet selain pembayaran saman melalui aplikasi berkenaan.
“JPJ akan memperkenalkan portal rasmi baharu selari dengan usaha pemodenan dan inovasi termasuk penggunaan teknologi terkini, reka bentuk dan susun atur yang minimalis dan kemas.
“Sebagai tambahan, JPJ akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile yang akan menggunakan teknologi terkini, tanpa gangguan dan mesra pengguna,” katanya.
Loke turut mengumumkan pembinaan sebuah Pejabat JPJ Cawangan di Kuala Kangsar bagi menampung keperluan penduduk selain tujuh cawangan lain di negeri ini.
Pemilihan Perak sebagai lokasi sambutan ulang tahun JPJ ke-79 yang bertemakan ‘Reformasi, Sinergi, Integriti’ cukup signifikan kepada jabatan itu memandangkan pejabat JPJ yang pertama adalah di negeri ini selain sebagai menghargai jasa kira-kira 9,000 warga agensi itu di seluruh negara.
Dalam majlis sama Anthony turut mengumumkan JPJ mengeluarkan nombor pendaftaran istimewa siri A (nombor) A (A____A) sempena sambutan berkenaan.
Bidaan nombor plat itu akan dibuka selama lima hari mulai hari ini hingga 10 malam 23 April melalui sistem JPJeBid dan keputusannya akan diumum 24 April.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager