Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MRSM ULUL ALBAB FELDA TROLAK RAIH ANUGERAH EMAS DI FESTIVAL ANTARABANGSA

DALAM NEGARA

MRSM ULUL ALBAB FELDA TROLAK RAIH ANUGERAH EMAS DI FESTIVAL ANTARABANGSA

MAWO telah menewaskan tujuh kumpulan orkestra lain dari dari enam buah negara Eropah dan dinobatkan sebagai penerima markah tertinggi oleh barisan juri profesional berdasarkan kualiti persembahan, kecekapan teknikal serta penguasaan komposisi muzik bertaraf antarabangsa.

PRAGUE: MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab FELDA Trolak telah mengharumkan nama Malaysia dan FELDA apabila meraih Anugerah Emas ‘Golden Diploma Award’ dalam kategori ‘middle class’ di 26th Festival Antarabangsa Wind Orchestras Prague 2025 yang berlangsung pada 20 dan 21 Jun di Republik Czech.

Pengumuman kemenangan ini dibuat pada jam 8 malam waktu tempatan, 21 Jun 2025, bersamaan jam 2 pagi waktu Malaysia, di Hotel Olsanka Prague.

MAWO telah menewaskan tujuh kumpulan orkestra lain dari enam buah negara Eropah dan dinobatkan sebagai penerima markah tertinggi oleh barisan juri profesional berdasarkan kualiti persembahan, kecekapan teknikal serta penguasaan komposisi muzik bertaraf antarabangsa.

Festival ini menyaksikan penyertaan 13 kumpulan orkestra dari 11 negara, dengan Malaysia menjadi satu-satunya wakil dari Asia.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu lower class, middle class dan higher class, dengan pengkelasan berdasarkan tahap kesukaran karya muzik dan tahap kemahiran kumpulan.

MAWO dijangka tiba di tanah air pada 23 Jun 2025 jam 2 petang.

Kejayaan MAWO ini membuktikan bahawa pendidikan berteraskan Ulul Albab serta sokongan FELDA terhadap pembangunan potensi generasi muda mampu melahirkan bakat cemerlang yang bersaing di pentas antarabangsa.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan warga MRSM dan FELDA, malah menjadi inspirasi kepada seluruh
anak muda luar bandar bahawa tiada batasan untuk berjaya di peringkat dunia. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading