Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA 70 TAHUN DITAHAN PANDU KERETA DI LORONG MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

WANITA 70 TAHUN DITAHAN PANDU KERETA DI LORONG MOTOSIKAL

Polis menahan seorang wanita warga emas kerana memandu kereta di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) Nibong Tebal, pada Sabtu. 

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang wanita warga emas kerana memandu kereta di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) Nibong Tebal, pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang semalam.

“Bertindak hasil maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS berjaya mengesan pemandu wanita berusia 70 tahun itu dan membawanya ke IPD SPS untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis juga telah membuka satu  kertas siasatan di bawah Kaedah 8(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana memandu di lorong tidak dibenarkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta  menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS di talian 04-5858222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi enam saat memaparkan wanita itu memandu kereta jenis Proton X50 di lorong motosikal di jambatan berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading