Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI YANG KE-20 MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI YANG KE-20 MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Allahyarhamah merupakan jemaah dari KT084 yang berasal dari Johor, menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji Malaysia, Siti Meriam Shahbudin, dilaporkan meninggal dunia di Makkah, Arab Saudi, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Allahyarhamah merupakan jemaah dari KT084 yang berasal dari Johor, menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.

“Allahyarhamah daripada Maktab 84B dilaporkan meninggal dunia di Hotel Mubarak, Makkah.

“Pihak Lembaga Tabung Haji telah menguruskan segala keperluan jenazah mengikut prosedur ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Mohd Na’im dalam pada itu mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, diterima segala amal ibadah haji dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

“Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya.

Setakat ini, seramai 20 jemaah haji yang meninggal dunia bagi musim 1446H/ 2025M, termasuk 18 daripadanya disebabkan serangan jantung; seorang jangkitan kuman dan seorang jangkitan paru-paru.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading