Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TINDAKAN AS DALAM KONFLIK IRAN-ISRAEL BURUKKAN KEADAAN – ANWAR

DALAM NEGARA

TINDAKAN AS DALAM KONFLIK IRAN-ISRAEL BURUKKAN KEADAAN – ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa campur tangan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Iran-Israel hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kestabilan serantau serta ekonomi global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak di Riverside Majestic Hotel hari ini. –fotoBERNAMA

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa campur tangan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Iran-Israel hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kestabilan serantau serta ekonomi global.

Beliau berkata tindakan AS untuk turut serta dalam konflik itu boleh mencetuskan ketegangan lebih besar dan memberi kesan langsung terhadap laluan perdagangan penting dunia seperti Selat Hormuz.

“Sekarang bila ada campur tangan daripada negara luar termasuk AS akan lebih mengeruhkan. Kalau Selat Hormuz itu ditutup, itu menjadi permasalahan besar pada ekonomi dunia,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak di sini, hari ini.

Anwar berkata Malaysia kekal konsisten menyeru semua pihak memberhentikan segala bentuk keganasan serta menuntut tindakan provokatif dan kekejaman Israel dihentikan segera.

“Kita telah tegas menyatakan untuk perdamaian sebenarnya, Israel harus ditekan supaya tidak bersikap provokatif dan ganas terhadap negara lain.

“Negara-negara berdaulat tidak boleh didiamkan daripada menyuarakan isu hak asasi dan keadilan sejagat. Pendirian kita jangan sampai negara merdeka dan berdaulat tidak ada upaya untuk bercakap tentang hak asasi dan keadilan,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading