KUALA LUMPUR, 18 Disember – Akhirnya dia pergi juga. Demikianlah anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang mengalami kecederaan parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu meninggal dunia pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Astro Awani, perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN malam tadi. Pada Ahad lalu IJN mengeluarkan kenyataan memaklumkan tahap kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut melahirkan rasa yang amat sedih dengan berita kepulangan anggota Bomba itu. Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” tulis Perdana Menteri.
Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hassan As’ari Omar berkata, bedah siasat dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan terus dimandi, dikafan dan disolatkan di IPFN.
Hassan berkata, setiba di kampung halaman di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, jenazah Muhammad Adib akan dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Pagi ini jenazah Adib dibawa ke Lapangan Terbang Subang untuk diterbangkan dengan helikopter ke Kuala Kedah.
Muhammad Adib dijangka melangsungkan perkahwinannya dengan Nurul Najihah Mohd Radzi pada 22 Disember ini dan ketika kejadian berlaku semua persiapan majlis telah dilakukan oleh kedua-dua keluarga.
Sejak berita kematian Allahyarham tersebar seawal pukul 10 malam tadi, hari ini di laman-laman sosial terutama Facebook turut menyiarkan kad undangan perkahwinan Allahyarham sambil menitipkan doa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab dipetik sebagai berkata, kes itu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager