Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN M BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA ZAINUDDIN

DALAM NEGARA

TUN M BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA ZAINUDDIN

download KUALA LUMPUR, 15 Dis — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara orang kenamaan yang hadir hari ini untuk menziarahi jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, yang meninggal dunia petang semalam. Dr Mahathir tiba kira-kira 9.15 pagi di Surau At Tarbiah, Taman Melawati di sini bagi menyertai solat jenazah bersama ratusan anggota keluarga, sahabat seperjuangan dan rakan politik dalam suasana pilu itu. Beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit berbual dengan waris Allahyarham sambil membacakan Al-Fatihah dan doa untuk Allahyarham yang meninggal dunia akibat sakit jantung itu. Dr Mahathir kemudian turut mengiringi van jenazah keluar untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Hulu Klang, kira-kira 500 meter dari surau tersebut. Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di surau tersebut selepas selesai dimandikan dan dikafankan di Hospital Serdang malam tadi. Turut kelihatan di surau itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Muhammad Said atau A Samad Said; bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar; bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang. Hadir sama, bekas Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Dr Khalid Yunus; penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam serta Datuk Rosyam Nor. Zainuddin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira 6.40 petang Jumaat kerana serangan jantung. Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam, dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading