MUHYIDDIN YAKIN DAPAT SOKONGAN AHLI DEWAN RAKYAT UNTUK JADI PM KE-10
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin berkata dalam pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor hari ini, mereka telah menyatakan sokongan dan kepercayaan Ahli Dewan Rakyat daripada kedua-dua gabungan itu terhadap beliau.
“Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Muhyiddin berkata perkara tersebut telah dilaporkan kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya petang tadi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok.
Sehubungan itu, Istana Negara telah memohon kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk meminta semua ketua parti dan gabungan parti politik terlibat mengemukakan cadangan gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui dan calon perdana menteri mereka kepada Istana Negara.
PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), Barisan Nasional (30), GPS (22), GRS (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang.
Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah 112 kerusi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.