GABUNGAN GPS+PN+BN+GRS BENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN – ABANG JOHARI
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini bersetuju untuk membentuk gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempamerkan kenyataan media berkenaan kerajaan campuran dengan Perikatan Nasional kepada wartawan pada sidang media berkenaan kerajaan campuran dengan Perikatan Nasional selepas mesyuarat Pra Persidangan DUN Sarawak yang bermula esok di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini. Turut sama Datuk Amar Douglas Uggah Embas (dua, kiri) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. –fotoBERNAMA
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini bersetuju untuk membentuk gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.
Mengumumkan perkara itu hari ini, Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS juga memilih Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.
“Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.
Pada PRU15 semalam, GPS yang dianggotai empat parti tempatan Sarawak memenangi 22 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.
Abang Johari, yang juga Premier Sarawak, berkata GPS membuat keputusan itu memandangkan dunia dijangka berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi lebih genting pada 2023.
“Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar yang segera,” katanya.
Beliau berkata asas GPS untuk membentuk kerajaan gabungan itu adalah untuk menegakkan keluhuran perlembagaan Persekutuan dan Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan.
Katanya persetujuan GPS juga mengambil kira autonomi Sarawak dalam pembangunan pendidikan dan kesihatan serta kepentingan lain negeri itu.
Ditanya sama ada persetujuan itu turut melibatkan pelantikan seorang Ahli Parlimen GPS sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata: “Itu perkara kemudian. Perkara rakyat lebih penting. Bukannya kita sibuk hendak jadi Timbalan Perdana Menteri.” –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests