Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NASIHAT AGAMA MENGENAI KEWAJIPAN TOLAK RASUAH AKAN DIPERTINGKATKAN

DALAM NEGARA

NASIHAT AGAMA MENGENAI KEWAJIPAN TOLAK RASUAH AKAN DIPERTINGKATKAN

PUTRAJAYA: Usaha menangani rasuah yang menjadi barah dan punca kepada berlakunya pelbagai masalah dalam negara dan masyarakat akan terus dipergiatkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata salah satu usaha yang akan dilakukan kerajaan ialah melalui didikan agama yang jelas melarang tindakan penipuan dan tidak jujur itu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya agensi Islam menyahut seruan Perdana Menteri supaya agensi Islam mempertingkat program kesedaran dan nasihat agama tentang kewajipan menolak amalan rasuah dalam apa jua urusan.

“Selain itu, seluruh agensi Islam perlu mengamalkan prinsip integriti dan tatakelola yang menghayati prinsip amanah serta kebertanggungjawaban,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Dalam majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan mesej yang amat jelas tentang kepentingan usaha berterusan untuk memerangi amalan rasuah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading